Isnin, 9 Ogos 2010

Perjuangan anak kecil

Perjuangan anak kecil


Di sana sini
Kelihatan anak kecil teresak sedu
Melihat kezaliman binatang yang bertopengkan manusia
Dan sinilah ianya bermula

Walaupun bertubuh kecil
Tetapi semangat dan pengorbanan
Melebihi kemampuan dirinya sendiri
Mencapai senjata menempuh dugaan.

Bagi tubuh kecil ini
Mereka adalah pejuang
bagi membela nasib bangsa sendiri
dari terus diratah martabatnya.

Hidup mesti diteruskan
Berjuang sekuat hati
demi mempertahankan maruah bangsa dan negara
dan mencari jihad di sisi Ilahi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan