Jumaat, 30 Julai 2010

teka teki 3

11. Berwarna merah bertubuh bulat,
Berisi putih berambut hitam,
Sedap rasanya apabila dimakan,
Cuba teka apakah ia?


12. Suaraku keluar tak kira masa,
selalu berkumandang dimana sahaja,
asalkan elekterik menjadi teman,
selalu mengubat hati yang rawan,
teka lah Siapakah aku?

13. tugasku ini menyamankan suasana ,
Terasa sejuk setiap masa,
Salji bukan ais pun bukan,
Aku memang tidak kelihatan
Cuba teka siapa aku?

14. Apabila pagi membangunkan orang,
Menjerit-jerit sekuat hati,
Mulutku tirus berkaki dua?

15. Apakah benda yang menduakan kita
Bendanya kaku memantulkan cahaya.?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan