Jumaat, 30 Julai 2010

teka teki lagi

Rupaku ini sama sahaja
Ramai yang suka hitam dan perang,
Panjang dan pendek mengikut keselesaan
Mengikut fesyen kegemaran tuan.
Teka lah siapa diriku?

Badanku kecil seperti tikus
Aku bukanlah sejenis haiwan
Aku digunakan untuk pergerakan
Ababila sampai tempat tujuan
aku ditekan untuk memberi jawapan
cubalah teka siapa diriku?

Diriku ini sangat lah ramping,
Menjadi idaman semua perumpuan,
Apabila kerja sangatl lah rajin
Berjalan berbaris panjang ke depan
Cuba teka siapakah aku?

Aku berjalan setiap detik,
Menuju ke kanan setiap saat,
Berputar-putar setiap minit,
Menepati waktu itu tugasku,
Cuba teka siapa diriku?

Berwarna merah bertubuh bulat,
Berisi putih berambut hitam,
Sedap rasanya apabila dimakan,
Cuba teka apakah ia?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan